Thursday, April 22, 2010

Kenangan akhir di rumah Mentor


Berehat selepas jamuan di rumah Che Dzull




Arwah Kamal - semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...



Pemimpin seumur hidup




Hazidah, sayuri...... makan jangan tak makan .. lepas ni nak kena posting di Johor Baru pula ( masa tu la )

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Dulu semasa nak mula pembelajaran pada tahun 2003, terasa masa berlalu begitu lambat, ditambah pula dengan keperitan, kesusahan separuh gaji, tinggalkan anak dan keluarga, kekalutan mengejar masa, kesibukan membuat assignment dan segala macam keperitan.....akhirnya pada 23 May 2006 kita semua sepakat untuk berpisah dari rumah mentor kita.

Semua itu akan menjadi satu memoir dalam lipatan sejarah kita. Kita semua umpama satu keluarga yang saling bersatu. Entahlah apa orang lain rasa, tapi pada saya, saya dapat rasakan sesuatu yang amat unik dalam kumpulan PKPG kita. Kita SEMUA duduk berbincang dalam study group, sepanjang enam semester setiap kali masuk minggu peperiksaan kami tidak pernah abaikan bacaan yasin. Pendek kata kita dalam kumpulan tidak ada banyak masalah antara kita.

Kini semua itu sudah berlalu ... jangan kita biarkan hubungan kekeluargaan kita (semasa susah dulu) juga berlalu. Mari kita tautkan kembali hubungan sesama kita. Mudah2an kekuatan kita dulu menjadi pedoman dan panduan kepada anak-anak kita.

2 comments:

siti ajar bt yaakob said...

salam...ni ckg ya kan!...sedih la bila baca entry ni..sbak rasa di dada.

ZAKARIA AHMAD said...

Yer, saya diamanahkan oleh Tok penghulu untuk cuba hidupkan satu blog group kita. Tapi saya bukan pujangga yang punya jutaan ilham, yang pandai mengatur baris-baris ayat menjadi entry yang indah. Entahlah setakat mana mampu bertahan. Apa-apapon terima kasih CT kerana membaca, komen dan masih ada hubungan dgn group kita. Ini juga memberi kekuatan untuk terus hidupkan blog ini.

Post a Comment