Thursday, April 22, 2010

Mungkin boleh guna untuk kawan-kawan

1. Terkadang apabila kita mengunakan sebarang aplikasi yang dibangunkan melalui MS Access tetapi aplikasi tu stuck atau tak mahu function mungkin ini boleh membantu anda :-

untuk muat turun klik sini

2. Aplikasi tuntutan perjalanan mudah digunakan, ia menyimpan maklumat tuntuan bulanan anda, hanya isi maklumat peribadi, isi kenyataan tuntutan, yang lain semua dikira secara automatik:-

untuk muat turun klik sini

Gunalah selagi ia memberi menfaat

3. Anda menggunakan Microsoft Office 2007. Kadang-kadang document yang anda buat itu ingin anda simpan dalam bentuk pdf. Add in ini mungkin boleh membantu anda. Just intall saja program ini. Kemudian anda buleh save as ... document anda dalam bentuk pdf format:-

untuk muat turun klik sini

4. Ok ini terbalik pulak ... dari pdf format anda ingin pula tukar ke dalam MS Word. Ini boleh membantu anda

untuk muat turun klik sini

Ok lahhh .... ada sebarang kemusykilan komen kat sebelah tuuuu

Kenangan akhir di rumah Mentor


Berehat selepas jamuan di rumah Che Dzull




Arwah Kamal - semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...



Pemimpin seumur hidup




Hazidah, sayuri...... makan jangan tak makan .. lepas ni nak kena posting di Johor Baru pula ( masa tu la )

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Dulu semasa nak mula pembelajaran pada tahun 2003, terasa masa berlalu begitu lambat, ditambah pula dengan keperitan, kesusahan separuh gaji, tinggalkan anak dan keluarga, kekalutan mengejar masa, kesibukan membuat assignment dan segala macam keperitan.....akhirnya pada 23 May 2006 kita semua sepakat untuk berpisah dari rumah mentor kita.

Semua itu akan menjadi satu memoir dalam lipatan sejarah kita. Kita semua umpama satu keluarga yang saling bersatu. Entahlah apa orang lain rasa, tapi pada saya, saya dapat rasakan sesuatu yang amat unik dalam kumpulan PKPG kita. Kita SEMUA duduk berbincang dalam study group, sepanjang enam semester setiap kali masuk minggu peperiksaan kami tidak pernah abaikan bacaan yasin. Pendek kata kita dalam kumpulan tidak ada banyak masalah antara kita.

Kini semua itu sudah berlalu ... jangan kita biarkan hubungan kekeluargaan kita (semasa susah dulu) juga berlalu. Mari kita tautkan kembali hubungan sesama kita. Mudah2an kekuatan kita dulu menjadi pedoman dan panduan kepada anak-anak kita.

Tuesday, April 6, 2010

Reunion PKPG Multimedia UUM 0306

Reunion PKPG Mutimedia UUM 0306 telah berjaya di adakan kali pertama perjumpaannya di Pantai Merdeka. Walaupun hanya dihadiri oleh lima keluarga tapi kami tetap bersyukur dan berpuas hati kerana program sulung ini berjalan dengan lancar.

Program ini telah diadakan pada 16 & 17 Feb 2010.

Antara yang terlibat dalam program sulung ini ialah

1. Pn. zarina & Keluarga
2. En. Anas & Keluarga
3. En. Azizan & Keluarga
4. En. Fadzil & Keluarga
5. Aku ( zakaria ) & keluarga

Tok Penghulu (jawatan seumur hidup) bercadang program ini akan diteruskan.... untuk tahun depan dengag-dengag kot belah Pantai Timur pulak ..... insyaAllah jadi kot...

Antara aktivi yang telah dijalankan:
1. Berehat dan santai
2. Makan & santai
3. Mandi kolam dengan anak-anak
4. Melawat pulau sayak


Ha inilah beberapa gambar yang sempat dimuat ke dalam blog ni .... selebihnya anda boleh download di sini ( muat turun gambar )










"Sesungguhnya Allah dan Rasul amat mengasihi orang-orang yang menhubungkan silaturahim"